Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Sunday, September 27, 2009

Ketelusan Pas Memilih Calon

Emel panchor007@yahoo.com

Umno didakwa gagal mengemukakan nama calon alternatif selain Tan Sri Isa Samad seperti yang diminta Muhyidin Yasin, timbalan presiden Umno malah turut mendapat tentangan hebat dari mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir. Isunya satu kerana Isa pernah didakwa oleh jawatankuasa disiplin Umno akibat rasuah semasa bertanding jawatan naib presiden Umno dan digantung selama 3 tahun.

Tun Mahathir berulang kali menyatakan tidak dapat menerima Isa sebagai calon BN kerana pada pendapat beliau akan menyebabkan moral Umno akan tercemar. Tetapi lain pula bagi Umno Telok Kemang yang berterusan mempertahankan Isa, Umno Telok Kemang terus berdiri teguh menyokong ketua mereka untuk bertanding disini. Yang pasti akan ada sabotaj yang bakal berlaku di Bagan Pinang, andai Isa tidak terpilih Umno Telok Kemang akan jadi macam Umno Permatang Pauh yang sabotaj Rohaizat kerana calon mereka tak terpilih. Begitu juga andai Isa yang terpilih, kita nantikan apa pekung yang akan dibuka Muhyidin dan Tun Mahathir untuk memalukan Isa.

Itu cerita Umno, cerita calon Pas bagaimana pula? calon yang kuat diperkatakan ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, saudara Zulkefli Omar. PJ Pas ini bukanlah orang tempatan Telok Kemang malah acap kali tewas dalam pilihan raya di kawasan sendiri di dun Lenggeng. Bukan bermaksud menidakkan kemampuan beliau tapi mereka yang mengenali Pas Negeri Sembilan telah maklum hanya pasca PRU 2008 baru nampak muka beliau sana sini berdamping dengan masyarakat. Malah ada khabar yang dimaklumi beliau di kawasan Seremban juga tidak mendapat tempat.

Diharapkan Pas dapat menilai kemampuan calon mengikut tempat yang bakal ditandingi. Bagan Pinang memerlukan wakil tempatan setanding Isa. Andai Isa bertanding walaupun disabotaj pemimpin negara beliau masih mempunyai akar umbi yang kukuh. Tidak seperti Pas andai meletakkan Zulkefli yang bukan wakil tempatan umpama mengorek kubur untuk diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Saturday, September 12, 2009

Cerita 16 September lagi

Masih ingat lagi kisah 16 September yang diwar-warkan DSAI tahun lepas. Gempar satu Malaysia terutamanya UMNO dan Barisan Nasional apabila dicanangkan DSAI bahawa 30 ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat tanggal 16 September.
Kini sekali lagi detik 16 September akan menjadi sejarah, Ceramah Perdana Gelombang Rakyat sempena PRK Bagan Pinang di Teluk Kemang yang dijangka akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti (SPR akan umum hari Isnin 14.09.2009)
DSAI sudah menunjukkan komitmen awal beliau membantu jentera PR. Menunggu ketibaan pimpinan PR yang lain untuk berkampung di negeri adat perpatih selepas ini.
Maklumat awal diterima menyatakan Umno-BN hampir pasti akan meletakkan bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan utama manakala anaknya Mohd. Najib juga dicanang sebagai calon andai ayahnya tidak mahu bertanding. Sama-sama kita nantikan.
Di pihak PR, majlis tertinggi PR negeri sepakat mengekalkan status quo kepada Pas untuk kekal menjadi calon PRK Bagan Pinang. Empat nama sedang dipertimbangkan antaranya bekas calon 2008 Ramli Ismail yang juga YDP Pas Teluk Kemang, Pesuruhjaya Pas negeri iaitu Zulkefly Omar, AJK perhubungan ustaz Kasim Tahir dan ahli perniagaan yang juga bekas pesuruhjaya Dr. Rosli Yaakob.

Friday, September 4, 2009

Bagan Pinang pula kosong

Oleh : AB albanjary
Baru tadi saya mendengar berita soheh lagi mutawatir betapa YB ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang mewakili UMNO/BN pulang ke rahmatullah dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihanraya umum atau kecil buat selama-lamanya. Kebetulan pula beliau menentang calon PAS, Sdr Ramli Ismail dengan kelebihan majoriti 2,333 undi.

Berdasarkan statistik, YB Allahyarham berjaya mengekalkan kerusi N.31 Bagan Pinang ini pada PRU-13 2008 dengan pertambahan sebanyak 463 undi berbanding 5,967 undi yang diperolehi oleh UMNO/BN pada PRU-11 2008. Pada PRU-12 yang lalu, PAS menerusi calonnya Ramli Ismail berjaya memperoleh 4,097 undi berbanding sebanyak 1,556 undi pada PRU-11, pertambahan sebanyak 2,541 undi, boleh dikira sebagai perkmbangan yang baik bagi PAS.

Berdasarkan beza majoriti sebanyak 2,333 undi, maka PAS/PR wajib mengekalkan jumlah undinya yang lalu dan mencari sekurang-kurangnya 1,500 undi lagi untuk merampas kerusi ini dari UMNO/BN. Nampaknya kali ini PAS/PR harus bekerja lebih kuat tahap luar biasa untuk mengalahkan UMNO di sini kerana terdapat beribu juga undi pos dikalangan anggota tentera di dalam bahagian pilihanraya DUN N.31 Bagan Pinang ini.

Maka apakah kita boleh katakan betapa PRK-N31 Bagan Pinang ini umpama PAS/PR vs Jeneral Zahid Hamidi ?

Sunday, August 30, 2009

AL-FATIHAH UNTUK DR. NORFIZA

Dr. Norfiza Isa, isteri kepada Saudara Alwi Lateh, aktivis Pas Senawang telah meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi di Hospital Pakar Seremban. Klik sini.

Allahyarhamah Dr. Norfiza berasal dari Kg. Ulu, Serting, Jempul.

Kita doakan rohnya dicucuri rahmat Allah subhanahu wataala.

Maklumat awal menyebut Allahyarham diserang penyakit H1N1 pada lebih dua minggu yang lalu dan dalam kritikal. Allahyarham bertugas di Hospital Pakar Seremban dan sebelum itu memiliki Klinik Hilal di Taman Tasik Jaya, Senawang.

Salam takziah dari Media PRN9. Semoga rohnya bersama orang yang beriman. Al-Fatihah.

Tuesday, August 18, 2009

Rohaizat calon ranking ketiga Umno Permatang Pasir

Umum mengetahui calon Umno yang bertanding di Permatang Pasir ini bukanlah calon pilihan Umno Permatang Pauh sebaliknya calon ini ialah calon yang dilobi sendiri oleh ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang merupakan penyokong kuat kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Maka tidak hairanlah desas desus menyebut calon pilihan ranking pertama yang merupakan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said akan memulaukan kempen Umno disini. Turut disebut-sebut sebagai calon Umno ranking kedua, Timbalan Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Mohamad Nasir Abdullah.

Sementara itu, suasana majlis penamaan calon yang berjalan lancar dicemari dengan insiden penangkapan MP Padang Serai, saudara Gobalakrishnan (lihat gambar : 2-3 minit sebelum beliau dilanyak polis). Maklumat yang diterima berlaku insiden pijak memijak sebelum YB ini ditahan dengan rakus oleh PDRM.

Pertandingan satu lawan satu di Permatang Pasir
Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat?























Calon Umno bukan sahaja mendapat tentangan dari dalaman ahli parti Umno itu sendiri malah semasa penamaan calon semalam pengundi Permatang Pasir telah memberi hint apabila mengemukakan lebih 10 bantahan terhadapnya namun kesemuanya ditolak oleh SPR dengan alasan penarikan lesen guaman Rohaizat tidak melanggar syarat untuk menjadi calon pilihanraya walaupun hakikatnya dari segi moral jelas amat memalukan.
Calon BN N11 Makan Duit Orang: Siapa Yang Pilih Dia?


Friday, August 14, 2009

Pesuruhjaya Pulau Pinang Calon Pas Permatang Pasir

Malaysiakini - PAS malam ini menamakan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos. Petang ini, BN mengumumkan calonnya iaitu setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang tadi.

Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengumumkan pemilihan Salleh di pejabat ADUN Permatang Pasir malam ini.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk mahfuz Omar.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Thursday, August 13, 2009

Cénangau: N11 Permatang Pasir : Pasai apa Bang Mat Sabu patut jadi calon.

Memandangkan pengumuman calon PAS akan dibuat pada hari Jumaat ni dan mesyuarat AJK PAS Pusat pun nampak macam belum buat keputusan muktamat bila YB Salahuddin Ayub pun kata,
"PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini."

Maksudnya masih ada ruang lagi untuk aku melobi calon kat sini. Tak kira la depa² yang kat atas tu baca blog aku ni ka dak, aku cuma gunakan hak aku sebagai ahli PAS yang layak dipilih dan memilih untuk bagi pandangan.

Walaupun sebelum ni aku kata aku lebih suka Bang Mat Sabu jadi ahli Parlimen tapi lepas sembang dengan beberapa orang kawan pasai calon ni aku buat kesimpulan yang PAS patut letak Hj Mohd Sabu sebagai calon PAS untuk PRK N11 Permatang Pasir kali ni.

Hujjah² aku
  1. Untuk memastikan PRK ni cukup hangat dan dapat tarik seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat tumpukan perhatian PRK kali ni.
    Bila Mat Sabu jadi calon dah tentu kedua² pihak Pakatan Rakyat dan BN akan terpanggil untuk terlibat bersungguh pasai Band Mat Sabu pimpinan PAS yang cukup dikenali kawan dan lawan. Ini penting untuk pastikan momentom Kuasa Rakyat naik balik dan dapat dikekalkan sampai PRU ke 13.
  2. PAS perlu wakil yang 'somebody' dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Dengan pengaruh yang Bang Mat Sabu ada ditambah lagi dengan hubungan unik dia dengan Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat boleh jadi lebih kuat dan kukuh.
  3. Calon Macam Mat Sabu boleh sekurang²nya mengurangkan jurang yang selama ni dilihat ujud diantara PAS dan DAP terutamanya di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh sendiri.
  4. PAS memerlukan kekuatan macam yang ada pada Bang Mat Sabu untuk memastikan PAS boleh lebih berperanan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dengan pengaruh dan kekuatan yang ada pada Bang Mat Sabu aku yakin suara PAS akan lebih diambik kira walaupun wakil PAS takdak dalam mesyuarat Exco.
Dengan hujjah² tu aku mengharap sangat PAS dapat memilih Bang Mat Sabu sebagai calon PRK N11 Permatang Pauh.


Cénangau: N11 Permatang Pasir : Pasai apa Bang Mat Sabu patut jadi calon.