Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Sunday, August 31, 2008

YB Loke di Astro Awani



YB Loke dalam rancangan PERSPEKTIF KITA di Astro Awani (501). Rancangan ini ditayangkan pada jam 8.30 malam tadi (30.08.2008) berbual bicara mengenai topik yang dibincangkan bersama hos rancangan Nazri Kahar.

Yang menarik sekali diperkatakan oleh seorang penonton (yang membawa maksud lebih kurang begini)
Ada pemimpin pelajar membantah AUKU semasa berada dalam universiti tetapi apabila mereka menjadi pemimpin masyarakat mereka sanggup menjadi Pak Angguk yang membenarkan AUKU. Jelas pemimpin jenis ini tidak konsisten dengan pendirian dan tidak berintegriti
(Wartawan PRN9 tidak sempat memberi komitmen menonton rancangan ini sepenuhnya dan hanya sempat menjengah beberapa minit mengikuti rancangan bual bicara ini sebelum meninggalkan rumah kerana ada hal yang perlu disegerakan. Tidak dapat dipastikan samada rancangan ini adalah ulangan ataupun tidak)

Saturday, August 30, 2008

Apabila Pemimpin Dicerca

Sangat sedih!

Begitulah ungkapan yang diberikan oleh AMT PKR Yang Berbahagia Dr. Badrol Amin dalam ceramahnya di Ampangan dua malam yang lepas. Beliau yang turut mengikuti majlis penamaan calon Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat melihat dengan jelas bagaimana pemimpin BN dicerca sepanjang jalan masuk ke pusat penamaan calon.

Runtuhnya ketamadunan dalam masyarakat apabila rakyat tidak lagi menghormati pemimpin negara malah lebih teruk dari itu mereka mencerca dan mengutuk secara beramai-ramai. Dr. Badrol Amin menambah, beliau tidak dapat menyalahkan rakyat yang terjebak dengan perkara sedemikian sebaliknya perkara ini berlaku kerana rakyat telah diasuh sejak 10 tahun lalu dengan tohmahan dan fitnah dari para pemimpin BN. Beliau mengimbau kembali tragedi tahun 1998 apabila mantan presiden UMNO DSAI dituduh dengan pelbagai fitnah berkaitan tuduhan liwat.

Oleh itu, menjelang PRK Permatang Pauh baru-baru ini beliau yang telah diamanahkan sebagai ketua unit kerohanian telah mencadangkan kepada DSAI agar unit terus dihidupkan dan beliau mahu amalan-amalan zikrullah seperti yang pernah beliau terajui sebelum ini dapat dikembangkan ke seluruh negara. Beliau percaya melalui amalan-amalan sebegini mampu melembutkan hati manusia dan seterusnya mencari kedamaian abadi. Maklumat lanjut ruhanisejatera

Friday, August 29, 2008

Siasat perlantikan 11 Pegawai Khas MB

http://www.malaysiakini.com/news/87500

Pakatan Rakyat membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memintanya menyiasat pelantikan sebelas pegawai khas menteri besar Negeri Sembilan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.Laporan itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar.
Bercakap kepada pemberita di Seremban hari ini, beliau berkata pegawai khas tersebut juga turut diberi kuasa untuk duduk dalam mesyuarat jawatankuasa pembangunan daerah dan mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah.Katanya, dalam laporan tersebut, BPR juga diminta menyiasat tindakan kerajaan Negeri Sembilan membatalkan elaun pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri sebanyak RM1,500 sebulan selepas pilihanraya umum Mac lalu, demikian menurut laporan Bernama.
Zulkefli berkata, alasan kerajaan negeri bahawa tindakan itu sebagai langkah berjimat cermat adalah tindakan tidak demokratik dan menafikan hak wakil rakyat untuk menggunakan peruntukan itu bagi kebajikan rakyat. "Kami meminta BPR melakukan tindakan yang sewajarnya bagi membetulkan keadaan yang tidak sihat ini daripada terus berlaku," katanya.
Zulkefli diiringi beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Rasah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, Loke Siew Fook; Adun Sikamat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Aminuddin Harun dan Ketua Pemuda PAS negeri yang juga Adun Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Reaksi MB
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan negeri menyalahgunakan elaun RM1,500 wakil rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang dengan melantik 11 pegawai khas dan membayar gaji mereka adalah langsung tidak berasas.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, kerajaan negeri tidak menggunakan duit RM1,500 itu bagi membuka pusat khidmat dan membayar gaji pegawai khas bagi mengurus pusat khidmat masyarakat Barisan Nasional (BN). "Elaun yang dipotong itu bukannya khusus untuk mengurus pusat khidmat di kawasan masing-masing tapi sebaliknya terus disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi membantu golongan kurang bernasib baik," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.
Mohamad berkata apa yang dipotong bukan elaun tetap wakil rakyat. Ia adalah elaun untuk wakil rakyat membuka pejabat dan menggaji pembantu pejabat pusat khidmat masyarakat BN yang dibuka dan dibiayai oleh parti. Beliau berkata semua wang yang terkumpul daripada potongan elaun sebanyak RM648,000 setahun itu akan disalurkan kepada tabung JKM bagi membantu rakyat negeri ini terutama mereka yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan.
"Kita juga akan mengusulkan di persidangan Dewan Undangan Negeri hujung bulan ini supaya meluluskan peruntukan tambahan RM1.2 juta lagi untuk disalurkan kepada JKM bagi membantu dan membela golongan kurang bernasib baik di negeri ini,” katanya.

Thursday, August 28, 2008

Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Ampangan, Chuah dan Port Dickson.

Sekian, terima kasih