Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Tuesday, January 27, 2009

Kempen Boikot Barangan Israel / Amerika

Thursday, January 22, 2009

Halal Haram Tak Peduli! Alahai Khairy...

Tiada korporat lain lagikah yang lebih diyakini sumber kewangannya untuk membantu rakyat Rembau?




Diambil dari blog Chegubard

Kaitannya : Rembau News Pro Khairy

Friday, January 9, 2009

Laungan Hancur Israel, Hancur Amerika Sana Sini

Israel terus menyerang Palestin masuk hari ke-13, maklumat terkini meyatakan rakyat Palestin yang terbunuh mencecah 800 orang. Ayuh umat Islam semua jangan hanya berpeluk tubuh. Hulurkan bantuan anda! Sama-sama kita berdoa semoga Israel laknatullah dan sekutunya Amerika ditimpa bencana.
Boikot barangan Israel dan Amerika!!!




(Berita Harian) PENUNJUK perasaan berarak ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Lebih 3,000 hadir menentang kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza dengan membakar bendera Israel dan Amerika. - Foto AP



(Berita Harian) MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyaksikan upacara membakar patung Presiden Amerika, George Bush dan bendera Israel ketika hadir di Majlis Perlancaran Tabung Derma Palestin di Kota Bharu hari ini.- Foto Zaman Huri Isa



Dr. Mahathir minta umat Islam boikot dolar AS
Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meminta umat Islam dan rakyat negara ini memboikot penggunaan mata wang dolar Amerika Asyarikat sebagai bantahan atas serangan rejim zionis Israel terhadap bumi Palestin.

Bekas Perdana Menteri itu turut menyarankan kerajaan supaya mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mewujudkan tribunal khas untuk mendapat keadilan dan hak asasi bagi rakyat Palestin.

“Sebagai membantah kekejaman yang dilakukan puak Israel, kita boikot semua barangan Amerika termasuk jenama Starbuck, Coca-Cola dan Colgate,” katanya di perhimpunan membantah kekejaman puak Israel di pekarangan Masjid Negara di sini hari ini.

Perhimpunan itu disertai kira-kira 500 umat Islam yang baru selesai solat Jumaat di Masjid Negara.

Ia turut disertai oleh ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang melancarkan kempen memboikot barangan buatan Yahudi dan Amerika Syarikat.

Sebelum itu, mimbar di Masjid Negara turut menyampaikan khutbah yang mengutuk serangan Israel ke atas Palestin. Selepas itu, jemaah juga mengadakan solat hajat dan berdoa khusus untuk kesejahteraan rakyat Palestin. - Utusan