Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Monday, March 30, 2009

Teropong Pilihanraya (2) : Foto Pilihan


KERAjaan Katak! Ismail yang bertanding tapi gambar Zambri pulak yang keluar??? Ini baru satu pembaharuan...

Akhbar perdana melaporkan kehadiran penyokong di Bukit Gantang adalah sekitar 10k. Tengok gambar2 ni. Tolong pandai sikit kira noooo... Gambar ni diambil betul2 di "T junction" berhampiran pusat penamaan calon.
Atas kiri : Menuju ke padang dan juga kawasan bukit. Atas kanan : Dari hadapan bangunan putih hingga ke simpang taman. (tak ingat nama jalan).
Bawah kiri : Sorakan, jeritan, ombak, nyanyian ala2 orkestra di "Stadium Taiping". Bawah kanan : View dari atas bukit pulak. Memang meriah...

Gambar penyokong BN yang dicantumkan. Sekadar cuba menutup lubang2 di sepanjang padang. Ramai ni saja Zambry boleh angkut???

Lagi gambar menarik...

Teropong Pilihanraya (1) : Banner Pilihan di Bukit Gantang



Media PRN9 : Petugas PR dari N9 telah dikhaskan untuk menjaga beberapa UPU sekitar Kuala Sepetang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Adun Paroi.

Friday, March 27, 2009

Mungkinkah Calon Bebas Ini Tajaan UMNO???

Artikel wawancara ini telah diedarkan secara meluas di Masjid Negara hari ini.

Thursday, March 26, 2009

Konvoi Penamaan Calon Bukit Gantang

Ini hanya makluman awal.

Satu Konvoi dari Seremban ke Bukit Gantang sempena Penamaan Calon PRK P059 Bukit Gantang pada 29 Mac 2009.

Kepada yang berminat, sila ambil perhatian. Sekiranya ada sambutan kita akan berkonvoi kalau tidak poie sondiri2 sudahla...

Tarikh : 28 Mac 2009
Masa dijangka bertolak : 6.00 PM
Maklumat lanjut : 012-9233 696 / 013-393 8854

Monday, March 23, 2009

Geng Anti-Najib Mula Buka Langkah

Poster ini telah dijumpai ditampal di sekitar bandar Seremban. Poster ini berlatar belakang sebuah stesen minyak berhadapan Terminal One.

Berdasarkan pemerhatian blog ini mungkin dimiliki proksi Khairy memandangkan terdapat banyak artikel yang menentang Khir Toyo dan Mukhriz. Mereka bertiga adalah calon Ketua Pemuda Umno yang sedang hangat berkempen.

Nampaknya geng Khairy cukup bengang apabila Najib bakal menggantikan bapa mertuanya yang selalu tidur. Tidak hairanlah kempen mereka disaat-saat akhir ini cukup agresif untuk memastikan mimpi indah Najib menjadi PM terganggu.

Friday, March 20, 2009

PAS FOR ALL: 23 MAC 2009 Jangka Umum Calon Pas Bukit Gantang

PAS FOR ALL: 23 MAC 2009 Jangka Umum Calon Pas Bukit Gantang

Calon Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau - Update!

New face Manikumar is PKR candidate for Bkt Selambau
Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim today announced new face S Manikumar as the candidate for the Bukit Selambau by-election on April 7.

Local boy set to be PKR candidate for Bkt Selambau
Majlis Pengumuman calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tarikh : 20 Mac 2009
Masa : 10 pagi
Tempat : Yayasan Aman, Sg. Lalang, Sungai Petani, Kedah.
(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengarah Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau Saiful Izham Ramli 012-3211162)

Ketua Pemuda PAS Tampin meninggal dunia

Salam takziah dari Media PRN9 buat keluarga allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah...

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh)
- Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan. Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

Demikian dinyatakan Setiausaha Kerja PAS Negeri Sembilan Suhaire Sulaiman kepada Harakahdaily jam 1 pagi tadi.

"Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

"Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya," katanya.

Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman.