Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Monday, October 12, 2009

Semoga Tiada Lagi PRK di N9

PAS gagal di Bagan Pinang. Banyak yang akan diperkatakan pasca PRK ini. Adakah benar BN sudah menambat hati pengundi atau sebenarnya jentera PAS gagal melaksanakan misinya? Majoriti lebih 5000 undi amat mengejutkan tatkala ramalan ramai ahli nujum pilihan raya menganggarkan kemenangan tipis bakal menjelma lagi seperti di Manek Urai.

PAS juga gagal membolot undi pos. PAS hanya mendapat sekitar 600 undi sahaja dari sang perajurit negara selebihnya terus memangkah BN.

Terima kasih kepada barisan petugas pilihan raya yang datang dari seluruh negara juga kepada rakan-rakan dari pakatan rakyat khususnya PKR dan DAP. Kerja keras barisan pemimpin utama rakan pakatan rakyat seperti DSAI dan isteri, TSK, LGE dan lain-lain amat dirasakan terutamanya menjelang 11 Oktober. Sayang bagi pemimpin PAS, mereka yang duduk di saf utama boleh dikira dengan jari sedangkan calon yang bertanding adalah calon mereka.

Pengalaman di Bagan Pinang seharusnya diambil sebagai pengalaman yang paling berguna oleh barisan kepimpinan PAS N9. Keutamaan kepada parti harus didahulukan berbanding kepentingan peribadi, penduduk Bagan Pinang jelas menolak calon luar. Pengundi bukan kisah pun calon itu rasuah atau tidak kerana itu adalah sebahagian daripada gaya hidup mereka. PAS tiada isu untuk melawan calon BN walaupun diketahui umum sebagai calon rasuah. Sepatutnya PAS fokus kepada isu di peringkat negeri seperti isu tanah adat, isu kerajaan tiga beradik dan isu-isu yang lebih bersifat nasional.

Kepada Mohamad Hassan, kahadiran Isa akan menjadikan beliau akan lebih berhati-hati. Panglima-panglima Isa akan kembali menyusun strategi supaya Isa akan dikembalikan ke jawatan Menteri Besar. Tidur Mohamad Hasan tidak akan terus lena diganggu Isa yang akan memburunya di setiap penjuru. Buat pesuruhjaya PAS N9, janganlah terlalu syok sendiri, fikirlah banyak kali sebelum menawar diri. Sedih melihat calon pakatan rakyat yang betanding di Bagan Pinang sebenarnya tidak mendapat tempat di kawasan sendiri. Leka dengan berkonfrantasi menjadi agenda setiap hari. Didoakan semoga tiada PRK di N9 lagi.

Sunday, October 4, 2009

UMNO Tewas Saingan Permulaan


Belumpun hari mengundi tetapi melihat kepada kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan moral kepada calon PAS membuktikan PAS mendahului saingan dalam perebutan kerusi PRK Bagan Pinang. Pada hari penamaan calon yang berlangsung semalam di MPPD, seperti dalam PRK sebelum-sebelum ini UMNO dan BN gagal menunjukkan kehadiran penyokong yang melebihi Pakatan Rakyat. Anggaran yang diberikan oleh rakan blogger memberikan jumlah melebihi 20 ribu orang malah ada yang menganggarkan hampir 50 ribu!. Malah ada pimpinan Pakatan Rakyat yang memberitahu jumlah kehadiran kali ini melebihi semasa PRK Permatang Pasir. Jumlah yang besar dapat dilihat dari kesesakan lalu lintas yang bermula dari simpang keluar dari Kg. Sirusa hingga ke tempat pencalonan yang jauhnya lebih KM. Ramai yang tidak mengetahui tentang kedudukan sebenar tempat penamaan calon mengambil keputusan untuk tidak mahu bersesak dengan meninggalkan kenderaan dan berjalan. Semangat penyokong PR amat dikagumi walaupun ditimpa hujan lebat mereka masih tidak berganjak untuk menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Syabas!