Salam Perjuangan!
Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.
Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.
Sekian, terima kasih
Perhimpunan GMI
Blog Adun PR N9
-
Honda Supra GTR150 Punya Baju Baru - sewa motor di pontianak sewa motor pontianak Rental motor di pontianak Rental motor pontianak Ojek motor pontianak Ojek Online pontianak Penyegaran kembali...6 years ago
-
Please subscribe and follow https://www.facebook.com/teokokseong for latest update. - Untuk maklumat terkini, sila layari https://www.facebook.com/teokokseong Terima kasih. Admin12 years ago
-
-
投教育保單變壽險 中年接獲支票不知原因 - (芙蓉31日訊)投保多年的教育保單,突變成人壽保險,令投保者驚訝萬分! 來自芙蓉的投保者蕭強文(45歲)指出,他是在1992年光顧一名保險代理員,為孩子投保一份教育保單。 他說,據保險代理員指出,保單的供期為9至12年,當孩子長大后,便可領取1萬8000令吉至2萬4000令吉款項,以進入大學深造。 蕭強文指...14 years ago
-
Hisham cleared my name! - Monday August 17, 2009 Hisham: We’ll act against those who incite hatred on the Net PETALING JAYA: Those who use the cyberspace to incite hatred or insult ...15 years ago
-
Program Pimpinan Negeri Turun Ke Cabang - Rasah-4hb Julai 2009, Kg. LBJ, Labu. Kuala Pilah-Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah. Kuala Pilah-Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah. Jelebu-...15 years ago
-
-
-
Sunday, August 30, 2009
AL-FATIHAH UNTUK DR. NORFIZA
Allahyarhamah Dr. Norfiza berasal dari Kg. Ulu, Serting, Jempul.
Kita doakan rohnya dicucuri rahmat Allah subhanahu wataala.
Maklumat awal menyebut Allahyarham diserang penyakit H1N1 pada lebih dua minggu yang lalu dan dalam kritikal. Allahyarham bertugas di Hospital Pakar Seremban dan sebelum itu memiliki Klinik Hilal di Taman Tasik Jaya, Senawang.
Salam takziah dari Media PRN9. Semoga rohnya bersama orang yang beriman. Al-Fatihah.
Tuesday, August 18, 2009
Rohaizat calon ranking ketiga Umno Permatang Pasir
Sementara itu, suasana majlis penamaan calon yang berjalan lancar dicemari dengan insiden penangkapan MP Padang Serai, saudara Gobalakrishnan (lihat gambar : 2-3 minit sebelum beliau dilanyak polis). Maklumat yang diterima berlaku insiden pijak memijak sebelum YB ini ditahan dengan rakus oleh PDRM.
Pertandingan satu lawan satu di Permatang Pasir
Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat?
Calon Umno bukan sahaja mendapat tentangan dari dalaman ahli parti Umno itu sendiri malah semasa penamaan calon semalam pengundi Permatang Pasir telah memberi hint apabila mengemukakan lebih 10 bantahan terhadapnya namun kesemuanya ditolak oleh SPR dengan alasan penarikan lesen guaman Rohaizat tidak melanggar syarat untuk menjadi calon pilihanraya walaupun hakikatnya dari segi moral jelas amat memalukan.
Calon BN N11 Makan Duit Orang: Siapa Yang Pilih Dia?
Friday, August 14, 2009
Pesuruhjaya Pulau Pinang Calon Pas Permatang Pasir

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang tadi.
Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.
Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.
Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengumumkan pemilihan Salleh di pejabat ADUN Permatang Pasir malam ini.
Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk mahfuz Omar.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.Thursday, August 13, 2009
Cénangau: N11 Permatang Pasir : Pasai apa Bang Mat Sabu patut jadi calon.

"PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini."
Maksudnya masih ada ruang lagi untuk aku melobi calon kat sini. Tak kira la depa² yang kat atas tu baca blog aku ni ka dak, aku cuma gunakan hak aku sebagai ahli PAS yang layak dipilih dan memilih untuk bagi pandangan.
Walaupun sebelum ni aku kata aku lebih suka Bang Mat Sabu jadi ahli Parlimen tapi lepas sembang dengan beberapa orang kawan pasai calon ni aku buat kesimpulan yang PAS patut letak Hj Mohd Sabu sebagai calon PAS untuk PRK N11 Permatang Pasir kali ni.
Hujjah² aku
- Untuk memastikan PRK ni cukup hangat dan dapat tarik seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat tumpukan perhatian PRK kali ni.
Bila Mat Sabu jadi calon dah tentu kedua² pihak Pakatan Rakyat dan BN akan terpanggil untuk terlibat bersungguh pasai Band Mat Sabu pimpinan PAS yang cukup dikenali kawan dan lawan. Ini penting untuk pastikan momentom Kuasa Rakyat naik balik dan dapat dikekalkan sampai PRU ke 13. - PAS perlu wakil yang 'somebody' dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Dengan pengaruh yang Bang Mat Sabu ada ditambah lagi dengan hubungan unik dia dengan Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat boleh jadi lebih kuat dan kukuh.
- Calon Macam Mat Sabu boleh sekurang²nya mengurangkan jurang yang selama ni dilihat ujud diantara PAS dan DAP terutamanya di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh sendiri.
- PAS memerlukan kekuatan macam yang ada pada Bang Mat Sabu untuk memastikan PAS boleh lebih berperanan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dengan pengaruh dan kekuatan yang ada pada Bang Mat Sabu aku yakin suara PAS akan lebih diambik kira walaupun wakil PAS takdak dalam mesyuarat Exco.
Cénangau: N11 Permatang Pasir : Pasai apa Bang Mat Sabu patut jadi calon.
Wednesday, August 12, 2009
Ceramah DSAI di Rembau
Tuesday, August 4, 2009
DSAI di Rembau - 11Ogos 2009
Moh Poie Romebau!
Info Che'gubard