Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Monday, October 27, 2008

Dataran Senawang Dataran Rakyat

Mengunjungi Rumah Terbuka Dun Paroi Sabtu lalu meninggalkan seribu satu kenangan. Tak terlintas di fikiran bahawa Adun Paroi YB Taufek akan diberi keizinan menggunakan dataran yang strategik ini. Pada malamnya pula dataran ini digunakan sekali lagi sebagai tapak ceramah umum beserta pelancaran Tabung Bencana Dun Paroi yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Saudara Mahfuz Omar. Penceramah lain antaranya Pesuruhjaya Pas N9 YB Zulkifli Omar, Chegu Bard dan YB Mahfuz sendiri.
Dataran Senawang sememangnya dikenali sebagai 'port lepak' yang paling menarik sekali. Saban malam minggu dataran ini akan dikunjungi mat rempit bersama awek mereka membuat aktiviti lepak mereka disini. Kedudukan dataran yang centralize dengan mamak, bank, pasaraya menjadikan tempat ini begitu happening sepanjang malam hingga awal pagi. Ke mana agaknya mereka malam minggu yang lalu? Oh mungkin beralih ke Dataran Seremban yang baru dibuka agaknya.
Mungkin YB Taufek perlu menjadikan ceramah umum atau apa-apa aktiviti lain di dataran ini sebagai 'port baru' untuk PAS bergerak agar dataran ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

1 comment:

jaam said...

tulah kalau pihak umno buat kita bising kata akan adanya maksiat... jadi kalau dipihak KITA yang buat program macammana pula tu? tak akan adake? Jangan kita terlibat sama..... DOSA... Ingatlah perkara maksiat ni... klalau dah HUKUM bukan ikut Parti....