Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Monday, October 27, 2008

Dataran Senawang Dataran Rakyat

Mengunjungi Rumah Terbuka Dun Paroi Sabtu lalu meninggalkan seribu satu kenangan. Tak terlintas di fikiran bahawa Adun Paroi YB Taufek akan diberi keizinan menggunakan dataran yang strategik ini. Pada malamnya pula dataran ini digunakan sekali lagi sebagai tapak ceramah umum beserta pelancaran Tabung Bencana Dun Paroi yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Saudara Mahfuz Omar. Penceramah lain antaranya Pesuruhjaya Pas N9 YB Zulkifli Omar, Chegu Bard dan YB Mahfuz sendiri.
Dataran Senawang sememangnya dikenali sebagai 'port lepak' yang paling menarik sekali. Saban malam minggu dataran ini akan dikunjungi mat rempit bersama awek mereka membuat aktiviti lepak mereka disini. Kedudukan dataran yang centralize dengan mamak, bank, pasaraya menjadikan tempat ini begitu happening sepanjang malam hingga awal pagi. Ke mana agaknya mereka malam minggu yang lalu? Oh mungkin beralih ke Dataran Seremban yang baru dibuka agaknya.
Mungkin YB Taufek perlu menjadikan ceramah umum atau apa-apa aktiviti lain di dataran ini sebagai 'port baru' untuk PAS bergerak agar dataran ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Wednesday, October 15, 2008

Meriahkan Majlis Rumah Terbuka - Update!

RUMAH TERBUKA ADUN PAROI
Khamis 2 Oktober 2008 ( Hari Raya Kedua )
10 pg – 3 ptg
Di Lot 2033, Kg Pulau Bintongan, Rembau

JAMUAN HARI RAYA PESURUHJAYA PAS NS
Sabtu 11 Oktober 2008
9 mlm
Di Kg Masjid, Lenggeng (Rumah Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar)

JAMUAN HARI RAYA PAS PUSAT
Ahad 12 Oktober 2008
2:30 ptg – 5:00 ptg
Di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

JAMUAN HARI RAYA PAS N.SEMBILAN (Update!)
Jumaat 17 Oktober 2008
9 mlm – 12 tgh mlm
Di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Ceramah Raya oleh Ustaz Ahmad Awang, Zulkifli Omar, YB Loke Siew Fook dan Shamsul Iskandar.

JAMUAN HARI RAYA DUN PAROI
Sabtu 25 Oktober 2008
11:30 pg – 3:30 ptg
Di Dataran Senawang

Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim & Keluarga
11 Okt. 2008 - cherok To Kun, P.Pinang
12 Okt. 2008 - Bukit Segambut, Kuala Lumpur

Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri
Perhubungan Negeri Sembilan dan keADILan Rasah
11 Okt. 2008
Depan Pejabat Perhubungan keADILan Negeri Sembilan
Rahang, Seremban

Majlis Rumah Terbuka Raya / Ceramah Umum Eidulfitri
Parlimen Rembau / DUN Rantau
18 Okt. 2008 - 3.00 petang
Mambau

Majlis Rumah Terbuka / Ceramah Umum Eidulfitri
Parlimen Rembau / DUN Kota
18 Okt. 2008 - 8.00 malam
Semerbok*(tentatif)

Majlis Rumah Terbuka / Ceramah Umum Eidulfitri
Parlimen Rembau / DUN Chembong
19 Okt. 2008 - 8.00 malam
Pedas, DUN Chembong

Majlis Rumah Terbuka / Ceramah Umum Eidulfitri
Parlimen Rembau / DUN Paroi
25 Okt. 2008
Taman Widuri, Senawang


JAMUAN HARI RAYA PR DUN JUASSEH
11 Okt. 2008 - 8.30 malam
Pejabat Pakatan Rakyat Dun Juasseh, Jemapoh


JAMUAN HARI RAYA PAS CAWANGAN AMPANGAN
Jumaat 24 Oktober 2008
Masa : 8:30 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Ceramah Raya oleh YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, YB N Gobalakrishnan, Sdr Zulkefly Mohamad Haji Omar

Majlis Sambutan Hari Raya Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling
Tarikh : 20hb Oktober 2008 , Isnin
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Rumah Abd Aziz Hj Maarof, No 18 Kg Dioh Tengah, Kuala Pilah, N.Sembilan

Tuesday, October 14, 2008

Bila Menantu Paklah vs Anak Najib

VS

Paklah hadir selaku Perdana Menteri pada tahun 2003 tampil dengan idea baru Islam Had-harinya. Konsep baru Islamnya dicanang sebagai yang terbaik dalam abad ini, sayangnya Paklah bakal tak kekal lama. Islam Had-harinya mungkin hanya tinggal nama. Sama-samalah kita nantikan, bersediakah Najib yang bakal dinobatkan selaku Perdana Menteri dalam peralihan kuasa Mac 2009 nanti meneruskan idea Islam Had-hari Paklah?

Thursday, September 25, 2008

Semoga YB Rashid Cepat Sembuh

Sama-samalah kita mendoakan agar Cikgu Rashid tabah menghadapi ujian dan cepat sembuh serta dapat kembali menjalankan tugasan sebagai wakil rakyat.

Adun Ampangan masuk hospital diserang sakit jantung

Berita Harian

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rashid Latiff, 56, dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini akibat diserang sakit jantung dua hari lalu.


Rashid yang ditemui di hospital itu hari ini berkata, beliau diserang sakit jantung ketika berada di rumahnya di Taman Rashibah Indah pada kira-kira jam 4 pagi dan dikejarkan ke HTJS dengan ambulans.

“Alhamdulillah, keadaan saya kini semakin stabil setelah mendapat rawatan. Saya dijangka keluar dari hospital petang ini,” katanya.

Katanya sebelum ini beliau pernah menjalani pemeriksaan endogram di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selama empat hari.

Rashid berkata beliau akan membuat pemeriksaan lanjut di IJN pada 17 Oktober ini bagi menetapkan tarikh pembedahan pintasan jantung. - Bernama

Friday, September 19, 2008

Wakil MCA, MIC Antara yang Lompat

KLPOS.com

Bukan 'gimik', PAS dah tengok 'senarai lompat'

SENARAI bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang.

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA, MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

"Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya. / Malaysiakini

Wednesday, September 17, 2008

Hassan Malek Akui Ditawarkan Sertai PR?

Pelik bin ajaib. Sebelum ini jarang sekali kita mendengar pemimpin BN ditawarkan menyertai PR, yang selalu kita dengar dan lihat ialah pemimpin PR sendiri yang cuba 'dirasuah' dengan pelbagai habuan untuk meninggalkan parti tetapi kali ini lain pula berlaku. Pengakuan Hassan Malek yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menimbulkan seribu satu persoalan. Kalau benar beliau ditawarkan menyertai PR dengan sejumlah wang yang besar? Ayuh, cabar Hassan Malek buat laporan polis atau BPR! Dakwa individu tersebut. Atau adakah Hassan Malek mempunyai agenda tersendiri dengan membuat pengakuan sebegini cerahlah harapan beliau untuk naik pangkat menggantikan tempat Zaid Ibrahim. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Wallahuaklam.

Utusan
Hassan tolak tawaran lompat parti

KUALA PILAH 16 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malik hari ini mendedahkan usaha pihak pembangkang memujuknya meninggalkan UMNO dan menyertai pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, wakil pakatan pembangkang telah menemuinya beberapa kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi membincangkan tawaran tersebut.

Tambahnya, pihak pembangkang menawarkan sejumlah wang serta jawatan sekiranya beliau melompat parti.

Bagaimanapun, Hassan menjelaskan, beliau menolak tawaran itu mentah-mentah sambil menyifatkan tindakan lompat parti sebagai tidak bermaruah.

‘‘Saya ada maruah. Bagi saya, jawatan bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli dengan sewenang-wenangnya,” tegasnya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Motivasi Pelajar anjuran Parlimen Kuala Pilah bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pejabat Pelajaran Daerah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, di sini hari ini.

Menurut Hasan, rakyat memberi mandat kepadanya untuk memikul tanggungjawab selaku Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari UMNO.

Sehubungan itu, tegas beliau, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melompat parti kerana tindakan tersebut seolah-olah menipu rakyat yang mengundinya atas tiket BN.

‘‘Malah, individu berkenaan masih tidak berputus asa dan cuba memujuk saya menyertai pembangkang selepas pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini,” tegas Hassan.

Thursday, September 11, 2008

Cemas Lagi Mohamad Hasan

Sudahlah 16 September semakin hampir, target PR bukan hanya untuk menawan Putrajaya tetapi juga Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan yang dilihat sudah semakin hampir. Dan yang pastinya juga tidur Mohamad Hasan tidak lagi senyenyak dahulu apabila kini pemimpin-pemimpin BN di peringkat akar umbi pula sudah mula baralih arah. Ugutan-ugutan pemimpin BN nyata tidak menakutkan lagi rakyat yang berani membuat perubahan. Syabas kepada PPP, MCA dan MIC di semua bahagian di Negeri Sembilan.

29 pemimpin BN di NS sertai PKR

Malaysiakini

Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti Progresif Penduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini.

Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi.

Turut menyertai PKR hari ini ialah tujuh pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban, Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.

Selain mereka, tiga AJK cawangan Pemuda Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian.

Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan mereka bagi menguatkan kedudukan parti itu di negeri tersebut.

"Kita mengamalkan sikap tangan terbuka dan menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyertai PKR.

"Kemasukan Karupusammy penting kerana kekuatan PPP Negeri Sembilan ialah di bahagian Teluk Kemang.

"Berikutan itu, kita menjangka sebahagian besar daripada 2,000 ahli PPP Teluk Kemang, akan menyertai PKR tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengakuan pemimpin berkenaan, lebih ramai ahli ketiga-tiga parti komponen BN itu akan menyertai PKR.

Sabaruddin berkata, kemasukan ahli Umno melalui bahagian PKR di Negeri Sembilan amat menggalakkan.

"Jumlahnya ramai sehingga membimbangkan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya.