Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Friday, February 6, 2009

Sabarlah Sahabatku YAB Ir. Nizar

Kita tidak kalah, yang kalah hanyalah mereka yang mengambil kuasa dari pintu belakang, kecut dan penakut untuk mengembalikan kuasa pada rakyat. Sabarlah sahabatku! Allah bersama orang yang bersabar, Allah sentiasa bersama orang yang dizalimi.

Petang 5 Februari,
Dibasahi dengan air hujan setelah sekian lama,

Suram,


Surau dan juga masjid,

Sentiasa menjadi saksi engkau melaksanakan tanggungjawab engkau,

Sentiasa menjadi titik pertemuan kami bersama engkau,


Sentiasa memberikan kami ilmu akhirat,

Sentiasa mendengar segala masalah rakyat,


Adakah hari Jumaat berikut,

Engkau berdiri sebagai pemimpin dan juga pendakwah lagi,


Selepas ini mungkin kita pasti sukar bersua muka,

Namun, harapan pasti ada,

Semoga engkau tabah menghadapi dugaan,

Inilah medan peperangan kita,

Ganjaran menanti mu di penghujung dunia.

Takbir!

Allah sentiasa di sisi orang yang tabah!
Ikhlas kepada Ir. Nizar Jamaluddin
Dipetik dari Perisik-Rakyat

No comments: