Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Wednesday, September 3, 2008

Adun Lenggeng disiasat BPR

Lebih kurang 3 minggu yang lalu media arus perdana heboh mewar-warkan penangkapan adun/exco kerajaan Perak yang juga disiasat berhubung dengan dakwaan rasuah. Akhbar-akhbar dan televisyen arus perdana memberi gambaran buruk terhadap kerajaan PR di Perak dengan pelbagai dakwaan tetapi apabila adun BN sendiri yang ditahan rasuah media-media ini hanya memberi liputan ringkas sahaja. Nyata sikap double standard media-media ini amat dikesali. Hanya akhbar Sinar Harian yang dilihat melaporkan secara serius isu penahanan adun ini.

BPR tahan ADUN N. Sembilan disyaki rasuah - Utusan

Oleh UMAVATHI RAMAYAH dan HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Negeri Sembilan kerana disyaki menerima suapan daripada seorang kontraktor di Seremban hari ini.

Difahamkan, ADUN yang mewakili salah satu DUN dalam Parlimen Seremban itu ditahan ketika bersama kontraktor itu di sebuah restoran di Mantin, kira-kira pukul 4.30 petang ini.

Beliau kemudian dibawa oleh sepasukan pegawai ke Ibu Pejabat BPR Negeri Sembilan di Jalan Dato’ Klana Maamor, Seremban bagi membantu siasatan.

Difahamkan, isteri wakil rakyat berkenaan yang turut berada di situ juga dibawa bersama-sama beliau.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

“Biar kita siasat dulu. Minta maaf sangat-sangat... Saya tak boleh dedahkan apa-apa buat masa ini,” katanya.

Wakil rakyat itu dibebaskan dengan ikat jamin BPR pada pukul 12.20 tengah malam ini selepas tujuh jam disoal siasat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada BPR untuk menjalankan siasatan.

“Kita percaya dengan kewibawaan BPR, biarlah mereka buat siasatan secara menyeluruh dengan mengambil kira segenap aspek,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, BPR Negeri Sembilan menahan seorang calon Ketua UMNO Bahagian Seremban kerana disyaki memberi sogokan kepada seorang ahli UMNO bahagian itu di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di bandar Seremban.

Adun Negeri Sembilan ditahan BPR - Berita Harian

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Sembilan ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang kontraktor di sebuah restoran di Mantin, Seremban, petang ini.

Menurut sumber, Adun berkenaan ditahan ketika menerima wang suapan itu jam 4 petang.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama

No comments: