Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Wednesday, September 3, 2008

Siapa yang tak kenal Mohd. Nor?

Mohd. Nor merupakan calon Umno dun Ampangan yang tumpas kepada calon PKR pada PRU-12 yang lalu. Tidak syak lagi 'kambing hitam' Umno ini digunakan sekali lagi untuk menjatuhkan kepimpinan bahagian Seremban yang diketuai Dato' Ishak yang digugurkan Mohamad Hassan dari mewakili dun Lenggeng.


Dituduh beli undi

Oleh Ahmad Naim Tahir
bhnews@bharian.com.my



TAK MENGAKU SALAH: Mohd Nor keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban selepas dibebaskan dengan jaminan RM3,500, semalam.


Naib Ketua Umno Seremban didakwa beri suapan supaya dirinya dicalon

SEREMBAN: Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan merasuah seorang ketua Umno cawangan sebagai dorongan supaya mencalonkannya sebagai ketua Umno bahagian itu.

Tertuduh yang juga ahli perniagaan, didakwa memberi suapan RM200 kepada Ketua Umno Cawangan Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin dalam sebuah kereta bernombor NBK 16 di tempat letak kereta belakang Restoran Negeri, Taman Catleya, Senawang pada jam 12.20 tengah hari 1 Ogos lalu.

Mohd Nor, 47, juga dituduh memberi suapan RM500 kepada Rezwat dalam kereta yang sama di tempat letak kereta belakang pusat beli-belah Centre Point, Jalan Siamang Gagap di sini pada jam 4.30 petang 2 Ogos lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada Rezwat supaya mencalonkan ahli perniagaan itu untuk jawatan ketua Umno Bahagian Seremban bagi sesi 2008-2011 pada mesyuarat agung Umno cawangan Taman Zaiton Indah 3 Ogos lalu.

Kes itu dipercayai yang pertama membabitkan pemimpin Umno berhubung rasuah politik pada pemilihan parti tahun ini.

Mohd Nor, yang kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanifah, mengaku tidak bersalah.

Dia yang diwakili peguam Abdul Halim Lokman, didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Hakim Allaudeen Ismail menetapkan dua hari bermula 28 Januari depan untuk perbicaraan kes itu dan membebaskan Mohd Nor dengan jaminan RM3,500.

No comments: