Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Monday, October 12, 2009

Semoga Tiada Lagi PRK di N9

PAS gagal di Bagan Pinang. Banyak yang akan diperkatakan pasca PRK ini. Adakah benar BN sudah menambat hati pengundi atau sebenarnya jentera PAS gagal melaksanakan misinya? Majoriti lebih 5000 undi amat mengejutkan tatkala ramalan ramai ahli nujum pilihan raya menganggarkan kemenangan tipis bakal menjelma lagi seperti di Manek Urai.

PAS juga gagal membolot undi pos. PAS hanya mendapat sekitar 600 undi sahaja dari sang perajurit negara selebihnya terus memangkah BN.

Terima kasih kepada barisan petugas pilihan raya yang datang dari seluruh negara juga kepada rakan-rakan dari pakatan rakyat khususnya PKR dan DAP. Kerja keras barisan pemimpin utama rakan pakatan rakyat seperti DSAI dan isteri, TSK, LGE dan lain-lain amat dirasakan terutamanya menjelang 11 Oktober. Sayang bagi pemimpin PAS, mereka yang duduk di saf utama boleh dikira dengan jari sedangkan calon yang bertanding adalah calon mereka.

Pengalaman di Bagan Pinang seharusnya diambil sebagai pengalaman yang paling berguna oleh barisan kepimpinan PAS N9. Keutamaan kepada parti harus didahulukan berbanding kepentingan peribadi, penduduk Bagan Pinang jelas menolak calon luar. Pengundi bukan kisah pun calon itu rasuah atau tidak kerana itu adalah sebahagian daripada gaya hidup mereka. PAS tiada isu untuk melawan calon BN walaupun diketahui umum sebagai calon rasuah. Sepatutnya PAS fokus kepada isu di peringkat negeri seperti isu tanah adat, isu kerajaan tiga beradik dan isu-isu yang lebih bersifat nasional.

Kepada Mohamad Hassan, kahadiran Isa akan menjadikan beliau akan lebih berhati-hati. Panglima-panglima Isa akan kembali menyusun strategi supaya Isa akan dikembalikan ke jawatan Menteri Besar. Tidur Mohamad Hasan tidak akan terus lena diganggu Isa yang akan memburunya di setiap penjuru. Buat pesuruhjaya PAS N9, janganlah terlalu syok sendiri, fikirlah banyak kali sebelum menawar diri. Sedih melihat calon pakatan rakyat yang betanding di Bagan Pinang sebenarnya tidak mendapat tempat di kawasan sendiri. Leka dengan berkonfrantasi menjadi agenda setiap hari. Didoakan semoga tiada PRK di N9 lagi.

Sunday, October 4, 2009

UMNO Tewas Saingan Permulaan


Belumpun hari mengundi tetapi melihat kepada kehadiran penyokong Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan moral kepada calon PAS membuktikan PAS mendahului saingan dalam perebutan kerusi PRK Bagan Pinang. Pada hari penamaan calon yang berlangsung semalam di MPPD, seperti dalam PRK sebelum-sebelum ini UMNO dan BN gagal menunjukkan kehadiran penyokong yang melebihi Pakatan Rakyat. Anggaran yang diberikan oleh rakan blogger memberikan jumlah melebihi 20 ribu orang malah ada yang menganggarkan hampir 50 ribu!. Malah ada pimpinan Pakatan Rakyat yang memberitahu jumlah kehadiran kali ini melebihi semasa PRK Permatang Pasir. Jumlah yang besar dapat dilihat dari kesesakan lalu lintas yang bermula dari simpang keluar dari Kg. Sirusa hingga ke tempat pencalonan yang jauhnya lebih KM. Ramai yang tidak mengetahui tentang kedudukan sebenar tempat penamaan calon mengambil keputusan untuk tidak mahu bersesak dengan meninggalkan kenderaan dan berjalan. Semangat penyokong PR amat dikagumi walaupun ditimpa hujan lebat mereka masih tidak berganjak untuk menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Syabas!

Sunday, September 27, 2009

Ketelusan Pas Memilih Calon

Emel panchor007@yahoo.com

Umno didakwa gagal mengemukakan nama calon alternatif selain Tan Sri Isa Samad seperti yang diminta Muhyidin Yasin, timbalan presiden Umno malah turut mendapat tentangan hebat dari mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir. Isunya satu kerana Isa pernah didakwa oleh jawatankuasa disiplin Umno akibat rasuah semasa bertanding jawatan naib presiden Umno dan digantung selama 3 tahun.

Tun Mahathir berulang kali menyatakan tidak dapat menerima Isa sebagai calon BN kerana pada pendapat beliau akan menyebabkan moral Umno akan tercemar. Tetapi lain pula bagi Umno Telok Kemang yang berterusan mempertahankan Isa, Umno Telok Kemang terus berdiri teguh menyokong ketua mereka untuk bertanding disini. Yang pasti akan ada sabotaj yang bakal berlaku di Bagan Pinang, andai Isa tidak terpilih Umno Telok Kemang akan jadi macam Umno Permatang Pauh yang sabotaj Rohaizat kerana calon mereka tak terpilih. Begitu juga andai Isa yang terpilih, kita nantikan apa pekung yang akan dibuka Muhyidin dan Tun Mahathir untuk memalukan Isa.

Itu cerita Umno, cerita calon Pas bagaimana pula? calon yang kuat diperkatakan ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, saudara Zulkefli Omar. PJ Pas ini bukanlah orang tempatan Telok Kemang malah acap kali tewas dalam pilihan raya di kawasan sendiri di dun Lenggeng. Bukan bermaksud menidakkan kemampuan beliau tapi mereka yang mengenali Pas Negeri Sembilan telah maklum hanya pasca PRU 2008 baru nampak muka beliau sana sini berdamping dengan masyarakat. Malah ada khabar yang dimaklumi beliau di kawasan Seremban juga tidak mendapat tempat.

Diharapkan Pas dapat menilai kemampuan calon mengikut tempat yang bakal ditandingi. Bagan Pinang memerlukan wakil tempatan setanding Isa. Andai Isa bertanding walaupun disabotaj pemimpin negara beliau masih mempunyai akar umbi yang kukuh. Tidak seperti Pas andai meletakkan Zulkefli yang bukan wakil tempatan umpama mengorek kubur untuk diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Saturday, September 12, 2009

Cerita 16 September lagi

Masih ingat lagi kisah 16 September yang diwar-warkan DSAI tahun lepas. Gempar satu Malaysia terutamanya UMNO dan Barisan Nasional apabila dicanangkan DSAI bahawa 30 ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat tanggal 16 September.
Kini sekali lagi detik 16 September akan menjadi sejarah, Ceramah Perdana Gelombang Rakyat sempena PRK Bagan Pinang di Teluk Kemang yang dijangka akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti (SPR akan umum hari Isnin 14.09.2009)
DSAI sudah menunjukkan komitmen awal beliau membantu jentera PR. Menunggu ketibaan pimpinan PR yang lain untuk berkampung di negeri adat perpatih selepas ini.
Maklumat awal diterima menyatakan Umno-BN hampir pasti akan meletakkan bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan utama manakala anaknya Mohd. Najib juga dicanang sebagai calon andai ayahnya tidak mahu bertanding. Sama-sama kita nantikan.
Di pihak PR, majlis tertinggi PR negeri sepakat mengekalkan status quo kepada Pas untuk kekal menjadi calon PRK Bagan Pinang. Empat nama sedang dipertimbangkan antaranya bekas calon 2008 Ramli Ismail yang juga YDP Pas Teluk Kemang, Pesuruhjaya Pas negeri iaitu Zulkefly Omar, AJK perhubungan ustaz Kasim Tahir dan ahli perniagaan yang juga bekas pesuruhjaya Dr. Rosli Yaakob.

Friday, September 4, 2009

Bagan Pinang pula kosong

Oleh : AB albanjary
Baru tadi saya mendengar berita soheh lagi mutawatir betapa YB ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang mewakili UMNO/BN pulang ke rahmatullah dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihanraya umum atau kecil buat selama-lamanya. Kebetulan pula beliau menentang calon PAS, Sdr Ramli Ismail dengan kelebihan majoriti 2,333 undi.

Berdasarkan statistik, YB Allahyarham berjaya mengekalkan kerusi N.31 Bagan Pinang ini pada PRU-13 2008 dengan pertambahan sebanyak 463 undi berbanding 5,967 undi yang diperolehi oleh UMNO/BN pada PRU-11 2008. Pada PRU-12 yang lalu, PAS menerusi calonnya Ramli Ismail berjaya memperoleh 4,097 undi berbanding sebanyak 1,556 undi pada PRU-11, pertambahan sebanyak 2,541 undi, boleh dikira sebagai perkmbangan yang baik bagi PAS.

Berdasarkan beza majoriti sebanyak 2,333 undi, maka PAS/PR wajib mengekalkan jumlah undinya yang lalu dan mencari sekurang-kurangnya 1,500 undi lagi untuk merampas kerusi ini dari UMNO/BN. Nampaknya kali ini PAS/PR harus bekerja lebih kuat tahap luar biasa untuk mengalahkan UMNO di sini kerana terdapat beribu juga undi pos dikalangan anggota tentera di dalam bahagian pilihanraya DUN N.31 Bagan Pinang ini.

Maka apakah kita boleh katakan betapa PRK-N31 Bagan Pinang ini umpama PAS/PR vs Jeneral Zahid Hamidi ?

Sunday, August 30, 2009

AL-FATIHAH UNTUK DR. NORFIZA

Dr. Norfiza Isa, isteri kepada Saudara Alwi Lateh, aktivis Pas Senawang telah meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi di Hospital Pakar Seremban. Klik sini.

Allahyarhamah Dr. Norfiza berasal dari Kg. Ulu, Serting, Jempul.

Kita doakan rohnya dicucuri rahmat Allah subhanahu wataala.

Maklumat awal menyebut Allahyarham diserang penyakit H1N1 pada lebih dua minggu yang lalu dan dalam kritikal. Allahyarham bertugas di Hospital Pakar Seremban dan sebelum itu memiliki Klinik Hilal di Taman Tasik Jaya, Senawang.

Salam takziah dari Media PRN9. Semoga rohnya bersama orang yang beriman. Al-Fatihah.

Tuesday, August 18, 2009

Rohaizat calon ranking ketiga Umno Permatang Pasir

Umum mengetahui calon Umno yang bertanding di Permatang Pasir ini bukanlah calon pilihan Umno Permatang Pauh sebaliknya calon ini ialah calon yang dilobi sendiri oleh ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang merupakan penyokong kuat kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Maka tidak hairanlah desas desus menyebut calon pilihan ranking pertama yang merupakan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said akan memulaukan kempen Umno disini. Turut disebut-sebut sebagai calon Umno ranking kedua, Timbalan Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Mohamad Nasir Abdullah.

Sementara itu, suasana majlis penamaan calon yang berjalan lancar dicemari dengan insiden penangkapan MP Padang Serai, saudara Gobalakrishnan (lihat gambar : 2-3 minit sebelum beliau dilanyak polis). Maklumat yang diterima berlaku insiden pijak memijak sebelum YB ini ditahan dengan rakus oleh PDRM.

Pertandingan satu lawan satu di Permatang Pasir
Ketua cawangan tak puas hati pemilihan Rohaizat?























Calon Umno bukan sahaja mendapat tentangan dari dalaman ahli parti Umno itu sendiri malah semasa penamaan calon semalam pengundi Permatang Pasir telah memberi hint apabila mengemukakan lebih 10 bantahan terhadapnya namun kesemuanya ditolak oleh SPR dengan alasan penarikan lesen guaman Rohaizat tidak melanggar syarat untuk menjadi calon pilihanraya walaupun hakikatnya dari segi moral jelas amat memalukan.
Calon BN N11 Makan Duit Orang: Siapa Yang Pilih Dia?


Friday, August 14, 2009

Pesuruhjaya Pulau Pinang Calon Pas Permatang Pasir

Malaysiakini - PAS malam ini menamakan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos. Petang ini, BN mengumumkan calonnya iaitu setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang tadi.

Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengumumkan pemilihan Salleh di pejabat ADUN Permatang Pasir malam ini.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk mahfuz Omar.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Thursday, August 13, 2009

Cénangau: N11 Permatang Pasir : Pasai apa Bang Mat Sabu patut jadi calon.

Memandangkan pengumuman calon PAS akan dibuat pada hari Jumaat ni dan mesyuarat AJK PAS Pusat pun nampak macam belum buat keputusan muktamat bila YB Salahuddin Ayub pun kata,
"PAS sudah mengenalpasti dua nama calon sesuai untuk mewakili PAS dalam, pilihan raya Permatang Pasir itu dan akan umumkannya pada 14 Ogos ini."

Maksudnya masih ada ruang lagi untuk aku melobi calon kat sini. Tak kira la depa² yang kat atas tu baca blog aku ni ka dak, aku cuma gunakan hak aku sebagai ahli PAS yang layak dipilih dan memilih untuk bagi pandangan.

Walaupun sebelum ni aku kata aku lebih suka Bang Mat Sabu jadi ahli Parlimen tapi lepas sembang dengan beberapa orang kawan pasai calon ni aku buat kesimpulan yang PAS patut letak Hj Mohd Sabu sebagai calon PAS untuk PRK N11 Permatang Pasir kali ni.

Hujjah² aku
  1. Untuk memastikan PRK ni cukup hangat dan dapat tarik seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat tumpukan perhatian PRK kali ni.
    Bila Mat Sabu jadi calon dah tentu kedua² pihak Pakatan Rakyat dan BN akan terpanggil untuk terlibat bersungguh pasai Band Mat Sabu pimpinan PAS yang cukup dikenali kawan dan lawan. Ini penting untuk pastikan momentom Kuasa Rakyat naik balik dan dapat dikekalkan sampai PRU ke 13.
  2. PAS perlu wakil yang 'somebody' dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Dengan pengaruh yang Bang Mat Sabu ada ditambah lagi dengan hubungan unik dia dengan Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat boleh jadi lebih kuat dan kukuh.
  3. Calon Macam Mat Sabu boleh sekurang²nya mengurangkan jurang yang selama ni dilihat ujud diantara PAS dan DAP terutamanya di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh sendiri.
  4. PAS memerlukan kekuatan macam yang ada pada Bang Mat Sabu untuk memastikan PAS boleh lebih berperanan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Dengan pengaruh dan kekuatan yang ada pada Bang Mat Sabu aku yakin suara PAS akan lebih diambik kira walaupun wakil PAS takdak dalam mesyuarat Exco.
Dengan hujjah² tu aku mengharap sangat PAS dapat memilih Bang Mat Sabu sebagai calon PRK N11 Permatang Pauh.


Cénangau: N11 Permatang Pasir : Pasai apa Bang Mat Sabu patut jadi calon.

Wednesday, August 12, 2009

Ceramah DSAI di Rembau

Kampung Selemak di Parlimen Khairy Jamaludin yang biasanya sunyi sepi di waktu malam bertukar menjadi sibuk dan riuh rendah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berceramah di sini. Ceramah anjuran PKR cabang Rembau yang diketuai oleh saudara CheguBard berjaya menarik lebih 5000 orang pelbagai kaum untuk hadir mendengar penjelasan isu dari pimpinan Pakatan Rakyat.

Ucapan Bang Mat mencuit hati DSAI dan Dato' Zaid Ibrahim

Bang Mat buat orang Rembau tak kering gusi

Bersama menyanyikan lagu 'Negaraku' dan 'Jalur Gemilang' sempena pelancaran bulan kemerdekaan

Pyan Habib dengan puisi 'Bapaku seorang YB' dan 'Hello Malaysia'

Ito tetap memukau dan menyengat

Tuesday, August 4, 2009

DSAI di Rembau - 11Ogos 2009

11 Ogos 2009 : 9.00 malam, Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng di Kampung Selemak, Rembau.

Moh Poie Romebau!

Info Che'gubard

Friday, July 31, 2009

Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia - Al-fatihah

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang. Lagi.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat pengumuman tarikh penamaan calon dan pengundian Dun Permatang Pasir pada 10 Ogos ini. Sini.

Tuesday, July 14, 2009

MU : Pas Menang Majoriti Tipis

Ulasan - PAS mungkin menang tipis tapi harus diingat jentera kerajaan telah digunakan sepenuhnya oleh Umno/Barisan Nasional. Semua agensi kerajaan diarah memainkan peranan membantu kemenangan Tuan Aziz untuk menang PRK ini. Malah, rasuah wang berleluasa di Manek Urai. Satu sumber rapat Media PRN9 turut memperolehi RM500 pemberian Umno.

Sama-sama kita nantikan headline media perdana Umno esok hingga 2-3 minggu akan datang. Pastinya berita-berita yang mengangkat bakul-bakul pemimpin Umno menjadi pilihan. "Umno sudah diterima rakyat", "Pas menang tipis" atau mungkin "Rakyat mula terima 1Malaysia"

PAS menang nyawa-nyawa ikan

Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi dan undi rosak sebanyak 117 undi.

Lagi berita

Umno terlepas peluang keemasan di Manek Urai
Satu kejayaan terbesar BN
PAS hampir tewas kerana politik wang

Media PRN9 : Takbir!

Monday, July 6, 2009

Timbalan Mufti Lantikan Mat Hassan

Seperti yang kita telah maklum Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad telah dilantik sebagai Mufti baru kerajaan Negeri Sembilan pada tanggal 01 April yang lalu. Perlantikan beliau adalah menggantikan Dato' Haji Mohd. Murtadza Hj. Ahmad yang tidak disambung kontrak.

Baru-baru ini kita dikejutkan apabila MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan telah melantik timbalan mufti tanpa pengetahuan Dato' Mufti. Sedangkan mengikut peruntukan sedia ada dengan jelas menyebut perlantikan timbalan mufti adalah dibawah kuasa Dato' Mufti. Mohamad Hassan dikatakan telah membawa nama seorang ustaz 'ahli parti' yang telah melobi dirinya sendiri untuk diperkenankan Tuanku Mukhriz.

Menurut sumber, timbalan mufti yang dilantik Mohammad ini sebenarnya tidak memenuhi kelayakan untuk memegang gred 48.

Friday, June 5, 2009

Najib Dibayangi Hantu Altantuya

Najib Tun Razak panik tiba - tiba apabila tanpa disangka diasak oleh wartawan asing berkenaan degan kaitan beliau dan pembunuhan Altantuya.

Menurut sebuah agensi berita asing (AP) Najib tertawa (tertawa tawar sementara mencari idea dan melindungi rasa panik terkejut) sebelum menjawab soalan. Baca lebih lanjut sini.

Saturday, May 23, 2009

Selepas Penanti, Manek Urai menunggu!

Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker

BN tak dapat lari lagi dari menghadapi pilihanraya kecil!
Di Penanti alasan tercipta kononnya Umno-BN tidak akan mengikut rentak PR dengan sanggup berkorban Umno-BN tidak akan meletakkan calon. Alasan BN lagi kerana tidak mahu menghabiskan wang ringgit yang banyak disebalik kegawatan ekonomi.

Tetapi nampaknya tidak di Manek Urai, awal-awal lagi Najib-Muhyidin sudah membayangkan BN akan turun di Manek Urai.

Mungkinkah BN sudah bersedia dengan modal yang besar? mungkinkah juga kegawatan ekonomi sudah tidak ada lagi? dan mungkin juga Najib merasakan hantu-hantu Altantuya sudah tidak ada lagi?

Monday, May 11, 2009

Nizar sah Menteri Besar Perak

Dari Blog
Dengan lafaz bismillah, teman umumkan, kita telah menang kes. Dato Seri Nizar telah di sahkan sebagai Menteri Besar Perak yang SAH!!!

Dari Blog Al-Banjari
Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN. TAKBIRR !!!

Media PRN9
Alhamdulillah, DS Nizar akan kembali menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Seperti yang dikehendaki rakyat Perak, Media PR yakin DS Nizar sudah pasti akan memohon perkenan tuanku Sultan Perak agar DUN Perak dibubarkan agar rakyat dapat memberikan keyakinan semula kepada kerajaan yang baru.

Friday, April 10, 2009

Monday, March 30, 2009

Teropong Pilihanraya (2) : Foto Pilihan


KERAjaan Katak! Ismail yang bertanding tapi gambar Zambri pulak yang keluar??? Ini baru satu pembaharuan...

Akhbar perdana melaporkan kehadiran penyokong di Bukit Gantang adalah sekitar 10k. Tengok gambar2 ni. Tolong pandai sikit kira noooo... Gambar ni diambil betul2 di "T junction" berhampiran pusat penamaan calon.
Atas kiri : Menuju ke padang dan juga kawasan bukit. Atas kanan : Dari hadapan bangunan putih hingga ke simpang taman. (tak ingat nama jalan).
Bawah kiri : Sorakan, jeritan, ombak, nyanyian ala2 orkestra di "Stadium Taiping". Bawah kanan : View dari atas bukit pulak. Memang meriah...

Gambar penyokong BN yang dicantumkan. Sekadar cuba menutup lubang2 di sepanjang padang. Ramai ni saja Zambry boleh angkut???

Lagi gambar menarik...