Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Sunday, September 27, 2009

Ketelusan Pas Memilih Calon

Emel panchor007@yahoo.com

Umno didakwa gagal mengemukakan nama calon alternatif selain Tan Sri Isa Samad seperti yang diminta Muhyidin Yasin, timbalan presiden Umno malah turut mendapat tentangan hebat dari mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir. Isunya satu kerana Isa pernah didakwa oleh jawatankuasa disiplin Umno akibat rasuah semasa bertanding jawatan naib presiden Umno dan digantung selama 3 tahun.

Tun Mahathir berulang kali menyatakan tidak dapat menerima Isa sebagai calon BN kerana pada pendapat beliau akan menyebabkan moral Umno akan tercemar. Tetapi lain pula bagi Umno Telok Kemang yang berterusan mempertahankan Isa, Umno Telok Kemang terus berdiri teguh menyokong ketua mereka untuk bertanding disini. Yang pasti akan ada sabotaj yang bakal berlaku di Bagan Pinang, andai Isa tidak terpilih Umno Telok Kemang akan jadi macam Umno Permatang Pauh yang sabotaj Rohaizat kerana calon mereka tak terpilih. Begitu juga andai Isa yang terpilih, kita nantikan apa pekung yang akan dibuka Muhyidin dan Tun Mahathir untuk memalukan Isa.

Itu cerita Umno, cerita calon Pas bagaimana pula? calon yang kuat diperkatakan ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, saudara Zulkefli Omar. PJ Pas ini bukanlah orang tempatan Telok Kemang malah acap kali tewas dalam pilihan raya di kawasan sendiri di dun Lenggeng. Bukan bermaksud menidakkan kemampuan beliau tapi mereka yang mengenali Pas Negeri Sembilan telah maklum hanya pasca PRU 2008 baru nampak muka beliau sana sini berdamping dengan masyarakat. Malah ada khabar yang dimaklumi beliau di kawasan Seremban juga tidak mendapat tempat.

Diharapkan Pas dapat menilai kemampuan calon mengikut tempat yang bakal ditandingi. Bagan Pinang memerlukan wakil tempatan setanding Isa. Andai Isa bertanding walaupun disabotaj pemimpin negara beliau masih mempunyai akar umbi yang kukuh. Tidak seperti Pas andai meletakkan Zulkefli yang bukan wakil tempatan umpama mengorek kubur untuk diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Saturday, September 12, 2009

Cerita 16 September lagi

Masih ingat lagi kisah 16 September yang diwar-warkan DSAI tahun lepas. Gempar satu Malaysia terutamanya UMNO dan Barisan Nasional apabila dicanangkan DSAI bahawa 30 ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan Rakyat tanggal 16 September.
Kini sekali lagi detik 16 September akan menjadi sejarah, Ceramah Perdana Gelombang Rakyat sempena PRK Bagan Pinang di Teluk Kemang yang dijangka akan berlangsung selepas Aidilfitri nanti (SPR akan umum hari Isnin 14.09.2009)
DSAI sudah menunjukkan komitmen awal beliau membantu jentera PR. Menunggu ketibaan pimpinan PR yang lain untuk berkampung di negeri adat perpatih selepas ini.
Maklumat awal diterima menyatakan Umno-BN hampir pasti akan meletakkan bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad sebagai calon pilihan utama manakala anaknya Mohd. Najib juga dicanang sebagai calon andai ayahnya tidak mahu bertanding. Sama-sama kita nantikan.
Di pihak PR, majlis tertinggi PR negeri sepakat mengekalkan status quo kepada Pas untuk kekal menjadi calon PRK Bagan Pinang. Empat nama sedang dipertimbangkan antaranya bekas calon 2008 Ramli Ismail yang juga YDP Pas Teluk Kemang, Pesuruhjaya Pas negeri iaitu Zulkefly Omar, AJK perhubungan ustaz Kasim Tahir dan ahli perniagaan yang juga bekas pesuruhjaya Dr. Rosli Yaakob.

Friday, September 4, 2009

Bagan Pinang pula kosong

Oleh : AB albanjary
Baru tadi saya mendengar berita soheh lagi mutawatir betapa YB ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang mewakili UMNO/BN pulang ke rahmatullah dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihanraya umum atau kecil buat selama-lamanya. Kebetulan pula beliau menentang calon PAS, Sdr Ramli Ismail dengan kelebihan majoriti 2,333 undi.

Berdasarkan statistik, YB Allahyarham berjaya mengekalkan kerusi N.31 Bagan Pinang ini pada PRU-13 2008 dengan pertambahan sebanyak 463 undi berbanding 5,967 undi yang diperolehi oleh UMNO/BN pada PRU-11 2008. Pada PRU-12 yang lalu, PAS menerusi calonnya Ramli Ismail berjaya memperoleh 4,097 undi berbanding sebanyak 1,556 undi pada PRU-11, pertambahan sebanyak 2,541 undi, boleh dikira sebagai perkmbangan yang baik bagi PAS.

Berdasarkan beza majoriti sebanyak 2,333 undi, maka PAS/PR wajib mengekalkan jumlah undinya yang lalu dan mencari sekurang-kurangnya 1,500 undi lagi untuk merampas kerusi ini dari UMNO/BN. Nampaknya kali ini PAS/PR harus bekerja lebih kuat tahap luar biasa untuk mengalahkan UMNO di sini kerana terdapat beribu juga undi pos dikalangan anggota tentera di dalam bahagian pilihanraya DUN N.31 Bagan Pinang ini.

Maka apakah kita boleh katakan betapa PRK-N31 Bagan Pinang ini umpama PAS/PR vs Jeneral Zahid Hamidi ?