Salam Perjuangan!

Pakatan Rakyat (PRN9) kini membuka langkah untuk menyatukan sumber informasi Pakatan Rakyat dari seluruh Negeri Sembilan.

Sebagai permulaan PRN9 memohon jasa baik saudara-saudari dapat menyalurkan link-link laman web dari Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat (15 dun dan 3 parlimen), juga aktivis-aktivis PR dan organisasi PR samada di peringkat cawangan hinggalah ke peringkat negeri.

Kepada Yang Berhormat Pakatan Rakyat yang belum memiliki sebarang laman web atau blog diharapkan dapat mewujudkannya segera. Antara laman YB PR N9 yang masih belum diperolehi antaranya YB (DAP) Seremban, Repah, Rahang, Temiang, Senawang, Nilai dan Lukut dan YB (PKR) Port Dickson.

Sekian, terima kasih

Perhimpunan GMI

Blog Adun PR N9

Monday, February 9, 2009

Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

1 kerusi DUN turut kosong, Exco Kedah letak jawatan

BATU GAJAH ,9 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

"Apa-apa maklumat terkini saya akan sampaikan," katanya ketika dihubungi semasa dalam perjalanan ke Batu Gajah.

Berita lanjut menyusul.

Sementara itu menurut laporan Malaysiakini

Sumber-sumber PKR memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR di Kedah, V Arumugam telah mengemukakan surat peletakan jawatan, dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi Bukit selambau.

Difahamkan Arumugam tunduk ekoran dakwaan tekanan hebat terhadapnya dan keluarganya supaya melompat menyertai Barisan Nasional (BN).

Friday, February 6, 2009

Isu Perak : Siapa Rasuah?

Ada mesej tersirat dari kartun ini. Diambil dari Muraisenja.

Mungkin anda atau sedara atau kawan atau kawan kepada sedara anda atau sedara kepada kawan sedara punya kawan sedara anda pernah alami situasi begini..... kalau x pernah mungkin akan pernah anda alaminya selepas ini.

  • tengah jalan2 tetiba kena rompak...... aarrgghhh!!!.... tolong!!!...
  • Lalu polis pun sampai...... tapi...... rupanya abg polis tu kawan dia(si perompak) plak..
  • perrgghhh..... sapa x bengang beb!!!... takper....takper.... ko skandal la.... ingat negara x der undang2 ker???.....
  • Citer banyak x mau...... mahkamah juga cirta...... ha amik ko....... jawab kt mahkamah..... baru padan muka korang!!!....
  • Aiikkkkk!!!!...apa ni.... tok hakim pun kawan dia gak..... adussss!!!!..... ini undang-undang korupsi.............. abissshhhh......Lingkup negara mcm ni..... ggrrrrrr!!!!.... ptuih!!!!.... @38*&6%???@!@$":!!!!...
Fikir sejenak! Siapa perompak, siapa mangsa, siapa polis dan siapa pulak tok hakim???

Sabarlah Sahabatku YAB Ir. Nizar

Kita tidak kalah, yang kalah hanyalah mereka yang mengambil kuasa dari pintu belakang, kecut dan penakut untuk mengembalikan kuasa pada rakyat. Sabarlah sahabatku! Allah bersama orang yang bersabar, Allah sentiasa bersama orang yang dizalimi.

Petang 5 Februari,
Dibasahi dengan air hujan setelah sekian lama,

Suram,


Surau dan juga masjid,

Sentiasa menjadi saksi engkau melaksanakan tanggungjawab engkau,

Sentiasa menjadi titik pertemuan kami bersama engkau,


Sentiasa memberikan kami ilmu akhirat,

Sentiasa mendengar segala masalah rakyat,


Adakah hari Jumaat berikut,

Engkau berdiri sebagai pemimpin dan juga pendakwah lagi,


Selepas ini mungkin kita pasti sukar bersua muka,

Namun, harapan pasti ada,

Semoga engkau tabah menghadapi dugaan,

Inilah medan peperangan kita,

Ganjaran menanti mu di penghujung dunia.

Takbir!

Allah sentiasa di sisi orang yang tabah!
Ikhlas kepada Ir. Nizar Jamaluddin
Dipetik dari Perisik-Rakyat